ESSCom | 55 PATI ditahan, 69 pambot ditahan dalam operasi Gasak Laut

2022-09-22 0

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 55 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 69 buah pambot dalam operasi Gasak Laut, secara serentak dan bersepadu di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), pada sabtu.

Operasi bermula kira-kira jam 6 pagi dan berakhir 6 petang itu dijalankan meliputi empat daerah iaitu Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.